Monday 8 September 2014

10 Faktor Menjadikan Jepun Negara Maju Di Dunia

Bercerita tentang warga Jepun atau orang Jepun, tentu umum mengetahui bahawa kebanyakan mereka bukan beragama Islam. Namun disebalik ketidakislaman mereka itu, terdapat pelbagai etika dan kualiti yang terpuji yang sepatutnya dipelopori oleh orang Islam. Etika dan kualiti sikap warga Jepun yang terpuji itu seolah-olah mereka merupakan golongan umat Islam silam yang pernah suatu ketika dulu mendahului bangsa-bangsa lain di dunia dalam pelbagai ilmu dunia dan akhirat.

Jepun Negara Maju Di Dunia


Kini orang Jepun bukan sahaja berjaya mempelopori dunia dalam bidang sains dan teknologi, malah turut seiring mendahului bangsa lain dalam aspek sosio budaya dengan sifat dan sikap diri serta etika kerja yang cemerlang.

1. Jalan Ke Arah Akhlak

Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu mata pelajaran yang dinamakann “Jalan ke arah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang. 

2. Tiada Kegagalan 

Jepun Negara Maju Di Dunia


Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi (dictation).

3. Tiada Orang Gaji

Jepun walaupun salah satu negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan ke atas anak-anak mereka. 

4. Gotong-Royong

Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat ke arah kebersihan. 

5. Kebersihan Diri

Kanak-kanak di sekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda. 

6. Penjagaan Makanan

Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan. (this is true) 


7. Jurutera Kesihatan

Jepun Negara Maju Di Dunia

Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan. 

8. Larangan Handphone

Dilarangan mengunakan handphone di dalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika” 


9. Ambil Yang Perlu


Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang diperlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan. 

10. Punctual

Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit. 


Video Mengenai Jepun Negara Maju:





Sumber : Selongkar 10


No comments:

Post a Comment