Wednesday 11 March 2015

Kitab Tauhid - Google Play



Kitab Tauhid - Google Play

Kitab Tauhid merupakan Kitab yang agung dan merupakan antara hasil karya Imam Dakwah Muhammad bin Bin `Abdul Wahhab bin Sulaiman At-Tamimi-rahimahullah-(wafat 1206H) ianya merupakan kitab yang paling baik dalam menjelaskan masalah-masalah berkenaan Tauhid Uluhiyyah atau Tauhid `Ibadah juga dikenali sebagai Tauhid Al-Qasdu wa At-Tholab,juga sebagai Kitab yang paling jitu dalam menjelaskan syubhat-syubhat kaum musyrikin dan ahli bid`ah.Kitab ini diterima dengan baik oleh seluruh kaum muslimin ahli tauhid dan terus menerus dihafal,disyarah diajar,dipelajari dirujuki dan dipegangi oleh ahli tauhid sehinggalah hari ini.

Manhaj Al-Imam Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-dalam penyusunan dan penulisan kitab ini sebenarnya sama seperti apa yang telah ditempuh oleh salafnya iaitulah Al-Imam Muhammad bin Ismai`l Al-Bukhari-rahimahullah-dalam karyanya Shahih Al-Bukhari begitu juga Imam-Imam Ahli Sunnah yang lain dalam kitab-kitab mereka,hal ini jelas dapat dilihat melalui susunan tertib bab,dan turjumah(munasah bab) yang diletakkan oleh kedua-dua Imam ini dalam Kitab mereka,begitu juga teknik istidlal(penghujahan) yang menggunakan bab dan meletakkan nas berupa ayat-ayat Al-Quran,hadith-hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam serta athar-athar salaf sebagai penjelas kepada tajuk bab,ianya juga bertindak sebagai penguat dan pentafsir kepada apa yang ingin disampaikan oleh penulis.

Pujian Para Ulama` ke atas Kitab Tauhid Imam Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-.
Kata Syeikh Sulaiman bin `Abdul Wahhab bin Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-( wafat 1233H) berkenaan Kitab Tauhid dalam ” Taysir Al-`Aziz Al-Hamid” hlm 24 : ” Ianya Kitab yang unik dalam bidangnya,tidak didahului oleh pendahulu,dan tidak akan disusuli dengan penyusul”.
Syeikh `Abdul Rahman bin Hassan bin Muhammad bin `Abdul Wahhab-rahimahullah-( wafat 1285H): ” Beliau telah mengumpul dengan ringkasnya dan mempunyai kebaikan yang sangat banyak,ianya mengandungi dalil-dalil Tauhid dan apa yang sudah mencukupi bagi sesiapa yang diberi taufiq oleh Allah,dan menjelaskan dalamnya dalil-dalil pada menjelaskan syirik yang ianya tidak akan diampunkan oleh Allah.”

Syeikh Al-`Allamah Al-Muarrikh Ibnu Basyar-rahimahullah-(wafat 1290H) dalam “`Unwan Al-Majd”: ” Tidak ada para penulis yang menulis dalam bidangnya yang lebih baik darinya,kerana sesungguhnya ianya sangat baik padanya dan beliau telah menyusunnya dengan penuh teliti,dan telah mencapai tahap kemuncak dan objektif”.


Kitab Tauhid - Google Play

Kitab Tauhid - Google Play

Kitab Tauhid - Google Play

Kitab Tauhid - Google Play

Kitab Tauhid - Google Play

Kitab Tauhid - Google Play

Kitab Tauhid - Google Play

Kitab Tauhid - Google Play



Fungsi Utama Applikasi Kitab Tauhid:

- Mudah dibaca dan difahami
- Menu isi kandungan disisi kiri app
- Swipe untuk menukar mukasurat
- Tiga warna tema yang boleh diubah
- Isi boleh dibesarkan dan dikecilkan

Download Link

No comments:

Post a Comment